Sunday, January 8, 2012

Tempat Makan: L.A Tea Garden, Sg Dua, SPU

Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal kedai makan nie... Terletak di Sungai Dua, Seberang Perai Utara berhampiran dengan  kedai Mee Udang Pak Ngah. Aku suka dengan kedai nie disebabkan dekorasi kedai nie yang unik. Rumah lama di jadikan kedai makan. Tak sempat aku nak ambil gambar kedai nie.. apa yang aku ambil hanya gambar air Barli Laici dan Limau Madu memang sedap... Aku dan suami dah cuba beberapa menu kat kedai dia nie... Makanan barat dia memang terbaik..stik kuah lada hitam dia memang sedap, speggeti dia pun sedap, yang terbaru aku cuba bihun sup rempah dia... pun sedap... Jadi kalau yang berkesempatan datang ke sg dua nanti cubalah singgah ke kedai nie. Waktu operasi jam 6.30 petang - 12.30 malam. Nama kedai dia yang sebenar ada kat kotak tisu tu.. L.A Tea Garden....

Air barli dan Air limau... (sedap)

Tapi bagi penggemar kopi anda diwajibkan mencuba
air kopi camcincau (sangat sedap)

Sirap laici..sedap!
Ini adalah menu kegemaran saya Black papper beef steak kalau tak salah nama dalam menu dia.
(Kuahnya yang sedap, dagingnya yang nipis dan dimasak secukupnya, salad dan kentang gorengnya yang sedap)


Sirlon beef steak

Salah satu menu tak pasti apa nama menu ini.

Untuk tidak menghampakan orang yang nak sangat datang ke kedai nie meh teman citer sikit cara-cara nak sampai ke kedai nie... hihihiihii...

Kalau dari arah Bukit Mertajam, Bandar Perda, Juru teman cadangkan ambik je lebuhraya utara selatan lepas tu sampai jumpa exit  Sg. Dua masuk susur kiri pastu susur kanan nampak lampu isyarat belok kananlah ye.. Pastu terus je, anda akan jumpa Kampung Telok dan kat situlah Char Keow Teaw Sg. Dua tu. Anda terus lagi akan nampak kedai mee udang ida sebelah kan  dan depan sikit anda akan nampak mee udang pak ngah dan depan sikit lagi anda akan nampak sebelah kanan dan kiri ada stesen minyak mobil dan esso. Bila dah nampak kedua-dua stesen minyak tu anda akan nampak kedai makan berkongsepkan rumah kampung ha...itulah kedainya terletak betul2 di sebelah stesen minyak esso dan berdepan dengan stesen minyak mobil (kalau tak salah temanlah)... Untuk kepastian kedai makan nie ada pintu gerbang dan tergantung lampu warna merah dikanan dan kirinya dan hiasan pokok buluh yang memang cantik... nanti kalau berkesempatan teman akan ambil gambar keseluruhan kedai tu supaya memudahkan anda semua untuk mengenal pasti kedainya...

* bagi anda yang datang dari arah sg. petani/alor setar/kangar/arau lepas je bayar tol sg dua terus ambil susur kiri kemudian terus je...dan sila lihat kenyataan di atas ye...

Waktu perniagaan : 5.30 petang - 12.00 tengah malam (selasa-ahad)
Cuti setiap hari isnin

Untuk info tambahan sila klik sini.

1 comment:

  1. Thanks yer. Sy kt la tea garden skg. Skg petrol palm 2 2 dh jd petron. Sng nk cr.

    ReplyDelete