Monday, May 21, 2012

sepasang kekasih..

Semalam teman berkesempatan gi berjalan-jalan dengan en. bos..:) hihihihihi... Macamlah tak dapat berjalan-jalan lama benor...hihihi sebenarnya minggu lepas masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi memandangkan selepas nie teman akan sibuk sehingga hujung minggu, teman ajak le en bos gi jenjalan lepas pejabat semalam..  Sepasang kekasih nie memang tak rancang nak beli tau! tapi bila lama dok membelek terbekenan.. apalagi teman sambarlah satu ada less lak tu lagi le semangat nak beli.. En bos apa lagi dia pon sambar satu gak.. jadilah sepasang kekasih..:-)

Beli sebab ada keperluannya... ciri-ciri beg nie yang teman suka ialah sebab beg nie ringgan betul dan kalis air seseuai untuk teman yang selalu kerja dilapangan dan talinya boleh dipendekkan dan dipanjangkan... sesuai untuk ke pejabat dan untuk riadah..



Saturday, May 5, 2012

Duhai Adik ... Selamat Bertunang

Selepas selesai majlis perkahwinan adik teman di perak, teman naik kerja 2 hari pastu teman cuti balik sebab adik ipar teman di johor pula nak bertunang.. Kalau diikutkan memang penat tapi bersemangat nak balik sebab ini jelah sorang  adik pempuan yang en boss dan teman ada... Jadi bila dia nak bertunang mestilah en boss dan teman bersemangat nak balik johor.

Sampai je di johor mini pelamin dah terpasang indah..
(ada yang kata teman yang buat pelamin nie...ish..ish kalau temanlah yang buat nie, nampak gaya teman bolehlah buat bisnes...hihihihihih...)
Tapi malangnya tekaan deme semua tak benor sama sekali... 

 Mini pelamin


 Barang dari pihak perempuan

Barang dari pihak lelaki


  "Tunangan orang"

Monday, April 30, 2012

Duhai Adik.. Majlis Perkahwinan

sambungan---- 
 Memang haru juga majlis perkahwinan adik aku yang satu nie... bukan haru apanya.. haru dari segi persiapan dan hiasan bilik dan meja makan pengantin.... Mana taknya bila bakal penganti banyak idea.... paham-paham ajelah, dah tu ideanya tu semuanya last minit.. Memang duhai adik betulll.... Tapi apa pun alhamdullilah majlis berjalan lancar..kurang sikit-sikit tu biasalah...



27 April 2012 - Jumaat majlis akad nikah berlangsung, dengan dua kali lafaz adik aku bergelar suami. alhamdullilah...





28 April 2012 - Sabtu majlis bersanding disebelah pengantin perempuan..


 

29 April 2012 Ahad majlis sambut menantu di sebelah pengantin lelaki..rumah temanlah tu...hihihihi...



Bilik pengantin..sory gambar tak berapa jelas sebab pakai handfon je.. Hasil hiasan teman dan suami...tapi lupa nak ambil gambar silingnya..sebab dekonya lebih kepada silingnya...


-BERSAMBUNG-

Monday, April 23, 2012

Deko bersama en boss





Hari minggu baru-baru nie en boss menunjukan bakat terpendamnya... minat menghias rumah adalah satu hobi en boss.Buat benda yang kit suka ialah salah satu  cara untuk hilangkan tekanan. Inilah salah satu cara untuk menghilangkan stress tu...

Wednesday, April 4, 2012

lahirnya dia...penyeri hidup





MUhamad aliff haikal nama yang indah, mudah-mudah menjadi hamba dan anak yang soleh. Si comel yang dinanti-nanti,cucu lelaki pertama dalam keluarga aku... 

Tuesday, March 27, 2012

Duhai adik - Persiapan Perkahwinan

Tinggal lagi sebulan je tarikh itu akan menjelma...wah macam aku pula yang nak kahwin... jeng..jeng...jeng.... Tarikh perkahwinan adik akulah.... kahakhahahaha...

Persiapan untuk kali nie tak kecoh sangat sebab bakal pengantin nie, semua dia nak buat sendiri dan termasuklah bajetnya...tak nak adik beradik tolong top up. (Bagus selamat duit aku) hahahahahahah apa punya kakaklahkan...

Yang pastinya seperti biasa, hantaran kakak aku yang akan buat dan seperti biasa juga persiapan bilik pengantin dan perhiasan lain aku yang kena uruskan.. memandangkan bakal pengantin nie agak cerewet... jadi terpaksalah setiap perhiasan dan kelengkapan yang hendak dibeli harus mendapat persetujuan bakal pengantin dulu... mmmm nak bilik warna nie, nak cadar warna tu, nak pakai bilik tu, nak bunga telur warna ni, nak buat makan beradap je, tak nak pelamin, nak pakai baju gitu, gini... mmmmm nak hantaran warna ni... wahhhh banyak betul pemintaan bakal pengantin nie... apa boleh buat kakak-kakak nie kena ikutkanlah ye...

Hujung minggu baru-baru nie, aku balik kampung dan baru rasa sedikit kekuatan nak memandang bilik bakal pengantin nie.. mmmm cadar dah ada, bantal dah ada, tilam baru pun dah ada, rangka katil pun dah ada... jadi beroperasilah.. dengan bantuan abang sulong katil tu diletakkan betul-betul tengah bilik...mmm posisi yang menarik...hihihihi perasan...ok angkat tilam...... mmmmm kakakakakahahakahaha.. aduh sakit perut aku dan mak aku gelak...nak tau nape?... saiz katil dengan tilam tak sepadan.... kelakar, kelakar...apa bakal pengantin nie...  Buat pengetahuan semua adik aku nie "orang besi" jadi katil tu dia buat sendiri...  itu yang saiz tak padan dengan tilam tu...  Bila adik aku balik dari beli barang kelengkapan perkahwinan dia, mak aku pun apa lagi..."gi tengok katil tu?" bila dah tengok dengan slamber dia jawab " tak pe..nanti leh betulkan.."

-BERSAMBUNG-

Saturday, March 24, 2012

Hari-hari ku

Kenapalah tahun ni rasa sangat-sangat sibuk.
Sibuk dengan kerja, padahal bajet untuk tahun ni sedikit dari tahun lepas....
Sibuk dengan persiapan perkahwinan adik aku... padahal kebanyakannya persiapan dia buat sendiri
Sibuk dengan kehadiran ahli keluarga baru.. baby Muhamad Alif Haikal... yang lahir pada 11 Mac 2012.